28 Nov 2013

~ I am Bride 2 Be ~

Warning ! Short Entry!
Hello bloggers!! sorry sebab dah lama tak update blog n jenguk2 blog korang.. sangat buzy sekarang ni sebab kite dh posting kat penang..Alhamdulillah.. ok la diam x diam dah nak masuk tahun baru.. actually kite ade news nak share dgn uolls semue.. InsyaAllah pada 8hb Disember 2013 ni kite akan menanmatkan zaman single.. Alhamdulillah.. Tinggal few days lg kite nak jadi isteri org..dh x boleh nak kebudak-budakkan lagi dah..Nnt kite update segala persiapan akad nikah kite..so harap sangat uolss doakan kami eh..

21 Feb 2013

Kaki Ayam


Tahukah anda bahawa kaki ayam boleh menjadi suatu hidangan yang enak? Cuba lihat gambar di atas. Adakah ia nampak menyelerakan?? Bhaahahaha.. Sudah semestinya tidak, bukan? Kaki ayam kat atas tu tak gemok la beb. Sebab tu nampak tak sedap. Salah satu ciri kaki ayam yang digemari oleh penggemarnya adalah ia 'gemok'. Tihee. Aku pon suka makan kaki ayam. Korang jangan la nak geli sangat tau cakap kaki ayam kotor la, hape la sedangkan kita basuh dan buang lapisan kulit luar dia tu. Amboiii.. korang dok mnegata kaki ayam tu kotor la, bekas pijak najis la habis tu korang makan buntut ayam tu boleh plak. (aku tak makan buntut ayam) Sila terasa. Ihikss.. Ni la rupa kaki ayam yang gemok dan beberapa hidangan yang sedap dinikmati. Lets cekedaud..!
Ni kaki ayam mentah yang dah siap dibersihkan.. comelkan?? Brrr..
Sup kaki ayam.. nomnomnom..
Kerabu kaki ayam..
My peberet.. Kaki ayam goreng.. Terliuqqqq..
Dalca.. Aku tak suka Dalca.. Peace..!!
Dimsum ni masakan orang cina. Aku belum pernah try.. Sedapkah??
Semua gambar kat ats tu adalah ihsan dari mak cik google tau. Setelah berhempas pulas mencari.. So, macam mana? Sedap tak? Adakah anda penggemar tegar kaki ayam? 

20 Feb 2013

My Future MOther In Law, I know how...


Anyeong! Today is wednesday. So pasti banyak blogger yang update pasal WW# atau rentetan perkataan panjangnya Worldless Wednesday. Tapi hari ni aku nak tukarkannya menjadi Wordmore Wednesday...Yabedaabedduuu.. Suka-suka hati mak mertua jiran sebelah jiran aku je kan. Opsss.. tersalah cakap pulak. Mak mertua atau sinonimnya ibu mertuaku merupakan suatu benda yang sama cuma di bezakan dari segi nama, umur, rupa, bentuk fizikal sama ada kurus, gemok, pendek, tinggi mahupun berambut perang ataupon beruban. Betol tak?? Bhahahaha.. Habis satu perenggan aku merepek.

Youlss yang dah ada mertua pernah tak ditanya soalan pelik sebelum berkahwin?? Kalau ada cuba kongsi dengan Ioulss. Dulu- dulu masa aku remaja (sekarang dah tua) aku selalu dengar kakak-kakak kat hostel bercakap kalau nak kawin kena pandai masak gulai sebab nanti mak mertua akan tanya 'ko pandai ke masak gulai?". Aku pun pelik la jugak masa tu, memang semua perempuan wajib tahu masak gulai ke? Lepas tu, aku jugak pernah dengar orang tua-tua membebel.

Orang tua-tua : Masak gulai pon tak tau, macam mana nak kawin..

ihsan google

Kenapa mesti gulai?? Kenapa tak spagetti ke, chicken chop, fruitsalad, atau shusi? Bajet minah salleh pulak.  Tapi itu tidak menjadi masalah bagi aku. Huhuhu. Aku pon belajarlah masak gulai dari mak aku sebab masa tu gedik sangat nak kawin. Rupanya masak gulai ni tak la susah manapon. Diorang tu cakap macam susah je bunyinya. Lagi satu petua nak sedap korang punya gulai tu letak la garam/perasa tu bagi betol-betol ada rasa tu. Kalau letak garam tapi tawar mestilah tak sedapkan. Kalau korang terlebih letak garam lepas tu masin sangat janganlah korang buang pulak. Petua paling afdal ialah masukkan ubi kentang. Tips yang dah basi tapi still berguna tau! Siapa yang cakap  'eleh, itu aku pon tau' tu memang nak kena nih. Lagi atu tips aku dapat dari mana aku pon tak tau. Bila masak tu selalu la selawat nabi atau lafaz bismillah terutama bila nak basuh bahan-bahan memasak tu untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Aku ada satu soalan nak tanya korang. Kenapa kalau kita pergi kenduri walaupun masa tu kita memang lapar tahap tak boleh blah tapi bila makan sikit je nasi kenduri tu mesti kita cepat rasa kenyang.. Dah apa la yang aku melalut ni. Aku mengantok! Maaf penulisan kali ini tiada motif dan berterabur. Mata dah penat.. ZzzZZZzz.. to my future mother in law "cik reti masak gulai na.. jangan lupa antaq rombongan tau.."


**Thanks You Sebab Sudi Baca Entry Merapu**



19 Feb 2013

Teka-teki Budak

Semalam aku ada main teka teki dengan adik aku yang darjah tiga tu. Saja nak test dia power ke tak. Aku pon dengan berani berlagak macam burung kat atas tu pon bukak la soalan kat dia sambil tangan ni sibuk lipat baju.. (motif ----> nak tunjuk rajin..)
------------------------------------------------------------------------
Aku : Adik, kalau ang boleh jawab ang memang terrer la. Erm.. Binatang apa paling besaq sekali kat dunia ni?

Adik : Kak bagi la klu sikit.

Aku : Sejenis ikan..

Adik : Ikan Paus!!!!

Aku : Tak betui la. Jawapan dia ikan paus celup tepung.

Adik: Awat pulak??

Aku : Ha la..ikan paus kan besaq..kalau kita celup tepung dia jadi la lagi besaq. Macam ayam goreng celup tepung.

Adik : OK.. Kalau kak terer sangat kak jawab soalan cik pulak. Bendera jatuh orang serbu, apadia??

Aku : !@#$%^&.. Tak faham la. Teka apa lagu ni?? Tak dak klu ka?? (alamak..macam mana boleh tak tau jawapan ni..)

Adik : Klu dia bintang..

Aku : Apa pulak? Tadi kata orang, ni binatang pulak. Ni teka pasal orang ka bintang?? (kelentong sebab ego coz tak tau jawapan. sambil-sambil nak pancing jawapan..bahaha..buruk perangai..)

Adik : La.. tu teka ja. Kata ja orang tapi ni bintang. (muka adik dah mula konpius.. budak-budak la katakan..)

Aku : Ermmmmmmm... (berfikir..tapi still tak dapat jawapan..tangan masih sibuk lipat baju..otak berputar) Kak tak tau la. (dah habis modal..malunya tak dapat jawab.. so aku memang tak terer???)
Adik : Ok la.. jawapan dia taik lembu jatuh lepas tu lalat mai hurung.. hahahahaha.. 

Aku : Kurang asam.!!!. @#$%&*^@$#^!!! Ni bukan binatang. Ni teka teki kategori taik. Habis tu kalau kak jawab taik orang, taik kambing semua pon betoi kan. tak aci la..
Adik : Hala.. Tapi... ada satu lagi kak.. gunung apa tertinggi di dunia?

Aku : Errr.. tak tau jugak.
Adik : Gunung everest..

Aku : Bhahahaha.. (tunggu sat..budak ni memang nak kena ni.. akupon satu..awat la aku tak boleh pikiaq jawapan tu.. logik kot..) Ok la.. sapa paling tinggi kat dunia ni??
Adik : Mat Salleh??

Aku : Bukan. Jawapan dia orang yang berdiri kat puncak gunung everest la. (Nah..amekkawww..bahahaha..gelak jahat..)

Adik : Cehhhh..

AKU SEORANG KAKAK YANG BAIK BUKAN??
**Thank You For Reading This Entry**



18 Feb 2013

Contest Blog Comel


Hai..bertemu lagi kita di dalam mood yang perasan. Gua dah cakap kat lu yang blog gua ni memang comel doh. (jangan muntah di sini). Aku nak join contest ni sebab hadiah dia best lorh. Emang kepingin sekali bedak arab itu. LOL*. Jom la join jika youlss pon berkehendak memengai hadiah yang cukup lumayan. Nak join click banner yang comel kat atas tu. Syarat-syarat penyertaan amat mudah dan ringkas seperti telan air liur masing-masing. Aku memang sangat terkenal dengan kemalasan join contest yang terlalu banyak task nak kena buat. Sebab kalau banyak sangat nanti aku pening dan serabut lepastu mulalah nak tinggal step kan. Dahtu aku rasa kepala aku besar macam belon dan mulalah nak mengganas tak tentu pasal. Brrrr..

**Thank You For Reading This Entry**

Ayam Panggang Ekspress

Hari ni mood rajin tahap melampau. Sila percaya ok. Resepi ni aku nak kongsi dengan youlss semua sebab memang simple and meletopss bebehh! Makan esok pon dok terbayang lagi. Tengok, bertapa susahnya aku nak explain supaya korang bayangkan keenakkan resepi ni.. Walah!! Ok, tak payah nak cakap panjang-panjang lebar lah sebab ayam pon dah panggil sebab dia tak sabar nak main api.
*maaf kualiti gambar sgt tak power
Bahan-bahan Ayam Panggang Ekspress :
1. Sebelah ayam yang siap dipotong (tak kisah berapa kerat)
2. Seulas bwang besar. 
3. 2 ulas bawang putih
4. Satu sudu teh lada hitam
5. 1 bungkus serbuk kari daging (cap ikut suka youlss)
6. 5 sudu besar sos tiram
7. Secubit garam
8. Satu sudu besar gula
9. MSG sbg perasa tambahan (taknak letak pon takpa)
10. Daun pisang
Cara-cara penyediaan :
Ok, langkah pertama sinsing lengan baju korang. Bukak kuda-kuda, pastu masuk langkah.. ewahhhhh... Tak lawak pon. K baii..
Tumbuk bawang putih, bawang besar sehingga... sehingga apa eh?? Sampai jadi macam gambar tu. Takmo la lumat sangat. Lepas tu tumbuk lada hitam, sama jugak jangan halus sangat ok. Kemudian tuan-tuan dan puan-puan masukkan ke semua bahan lain tu ke dalam mangkuk bersama ayam den lapeh youlss tu dan gaulkan rata.. (Ini ke yang dikatakan ekpress tu?puiii..) Garam jangan banyak sebab sos tiram kan dah masin. Pastu cuit skit rasa kot-kot ada yang kurang boleh tambahkan. Tak mati punyalah rasa sikit. Hok alohhh..


Lepas dah sebati ayam korang mandi tu, korang boleh prepare kamar tidor mereka pulak. Cara-caranya mudah dan simple sahaja. Lapik pemanggang korang menggunakan daun pisang macam kat bawah ni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ayam ni kering bila tengah panggang tu. Nanti tak sedap la sebab ayam akan jadi keraskan. Nak yang basah-basah skit baru bestttttt. Pastikan korang lapik atas dan bawah yer. Bagi pengguna pemanggang ajaib aladdin, korang tak perlu la lapik daun pisang ni. Kalau nak lapik pon ok jugak sebab menambahkan kewangian ayam korang exspecially pada bahagian ketiak ayam tu. Bhaha.. 


Ok..sekarang ayam youlss dah ready untuk dipanggang. Aku takda spesifikkan masa panggang ni. Adoii..kalau korang nak tahu ayam tu dah masak korang cucuk la pakai garpu eh. Kalau dah lembut and smooth je memang dah masak la kot. Pastu bolehlah dihidangkan dan disimpan di dalam perut. Selamat mencuba!!!


howoowoooOowo.. sungguh sedap di makan begitu saja..


Lagi sedap kalau ada tembikai laici.. yummy..


Makan ayam tu sambil buat muka macam aku ni. Bhaha. Sangat tak senonoh. Baiii youlss..

**Thank You For Reading This Entry**

17 Feb 2013

Aku Suka Puding!

I'm Puding lover.. Aku betol-betol teringin nak menikmati keenakkan puding pada ketika dan saat ini. Terasa puding tersebut berlegar-legar di atas kepala menyeru nama aku. 'Niesa.. please come n get me.. I really miss u..!!'LOL*.. Aku tak tahu lah setiap kali aku nampak puding je aku mesti tak boleh kawal diri aku. Kalau aku nampak puding ni kat mana-mana aku mesti jeling lama-lama macam muka tak puas hati tu. Pastu aku dekatkan diri dengan peti ais kedai tu, aku bukak peti ais tu then jelas kelihatan puding/dadih tu depan mata aku.. (eh..tadi cerita pasal puding..ni dadih plak..same je la kau..) Dah puas belek-belek tangan ni macam ringan je grab puding tu. Begitulah teruknya sawan aku dengan benda lembik ni. Kadang-kadang pulak kalau aku teringin tahap cikadak tapi malas nak keluar, aku dengan lajunya kirim bahan nak buat puding/dadih kat mak aku masa dia pergi beli ikan. Ni epilepsi (sawan) tahap tak hengat duit. Nah amek kaw.. 

Disebabkan aku ni peminat setia puding, ada la beberapa resepi yang aku pernah buat. Dadih tu dah kompem la pernah buat dan sangatlah mudah. Yang macam susah sikit ni 'puding marble' la. Ni yang pernah aku buat ok. Sebenarnya takde lah susah manapon. Simple je step dia dan bahan-bahan pon senang sangat nak jumpa. Pergi kedai Mak Jemah kat sebelah rumah tu ada je barang. Tihee.. Ini lah rupa puding marble tu. Yg aku bt dlu ntah mana pic aku snap tu aku simpan. Malas pulak nak cari. Aku suka yang sejuk dari dalam peti ais. Rasa dia lemak-lemak manis berkrim disukai ramai gituu dan wangi je rasa bila dah letak dalam mulut. Alahai Jemah. Menambahkan sawan plak.
                                                                                                                 *ihsan google
 


Fuhyoooo.. tak boleh tahan maaa.. LOL.. sob..sob..sob..

Tapi dalam banyak-banyak puding ada satu puding yang aku tak suka. Puding Caramel. Sangat-sangat membenci puding caramel kerana bau telurnya yang sangat menusuk hidung. Tekak aku memang tak boleh terima. Sekali je aku pernah buat. Pastu dah tak nak buat lagi. Nasib baik ada abah yang sudi makan sampai habis. Tq Abah. Mati la aku kena ban ngan peminat puding caramel. Jom la layan pic puding ni. Sedapppp baq angg...

Alahai..cutenya.. I love Choclate Flavour so much..much..


Pudding ni memang sedap sebab macam ada jelly on top..
Puding Caramel..
NOPP!! Can not go. Benci la sangat nanti termakan sumpah baru padan ngan muka aku.. 
Hai. Sudah-sudah la tu. Mengalahkan nafsu gajah pulak. Sawan ni makin menjadi-jadi di dalam bulan Ramadhan. Faham-faham je la.. hihi. Adakah youlss sama spesis dengan iolss?
**Thank you for reading this entry**

Wanita vs Cermin

Wanita/women/girls/ladys/cikaro dan sama waktu dengannya memang tak boleh dipisahkan dengan cermin a.k.a mirror. Kalau betol sila angkat ketiak! tihee.. Iolss jgk tergolong dalam kaki cemin. Pantang tengok cermin pasti nak usha diri sendiri. Tak kisahlah kat supermarket, kereta termasuk kereta orang lain terutama yang tinted tu, restoran, toilet... Pendek kata semua tempat yang ada cermin. Yang paling tak boleh tahan dekat pintu or cermin macam sliding door tu. Yang orang kat dalam boleh nampak weolss tapi weolss tak nampak orang kat dalam. Pastu bila masuk ja dalam semua orang pandang. Sebab bukan main tadi dok picit jerawat. 

Dulu masa sekolah rendah ada la sorang cikgu BM ni, lelaki dan sangat diminati kat sekolah I sebab segak  dan handsome nak mampus. Korang boleh bayangkan handsome tu? Bertapa gatalnya kanak-kanak zaman itu. Termasuk iolss. (sila ingat pengakuan benar!) Cikgu ni anti sangat dengan budak-budak perempuan yang nak pergi toilet sebab takda tujuan lain lagi iaitu nak belek cermin. Sampaikan dia mintak budak-budak lelaki buat satu borang dan tick berapa kali budak perempuan betulkan tudung dan tengok cermin. Bhahaha..aku masa tu takda dalam senarai lagi kot sebab budak hingusan. Pakai tudung pon main hentam je. Kadang-kadang tudung pon comot kena sambal nasi mak cik kantin. Brrrrr... Kesian mak penat basuh tonyoh tudung baju bagai. 

Dan ini satu lagi tabiat pelik bila duduk depan cermin. Suka cakap sorang-sorang lepas tu buat mimik muka macam-macam dan ketawa sorang-sorang. Ni spesis orang gila la macam I. (aku lagi..) Kalau cermin tu boleh berkata-kata mesti dia akan cakap 'kau ni sewel ke?'. Heeeeee... Hah!! Baru I teringat. Tapi ada suatu tempat di mana orang perempuan ni sangat takut nak tengok cermin. Jeng.. jeng.. jeng.. Kat mna??kat mna??kat mana? Haaa, kejap la nak kasi tau ni..Mungkin I sorang je kot yang takut. Errr siatuasi takut tu bila bangun waktu malam nak pergi toilet utk tuuuttttt* dan seboleh-bolehnya tak nak pandang cermin terutama bagi yang duduk hostel. !@#%$^&*! Takut terlihat ini..--------->

 
Tiba-tiba terasa seram pulak entry aku ni. Tajuk macam ganas je. Pengaruh movie ni, negatif betol. Lagi satu nak tengok cermin tu jangan tengok lama-lama or tenung lama-lama muka uolss kat cermin tu. Nanti imej korang dalam cermin tu tenung uolss balik pastu senyum (melebarkan bibir perlahan-lahan). Bhahahahahaha.. Macam movie 'Mirror" tu. Siapa pernah tonton movie tu? (alamak..dah terkeluar topik). Kalau nak tengok pandai-pandailah download.. Tiheee...

   

MIRROR TRAILER

I love my mirror..


Thank You For Reading This Entry.