20 Feb 2013

My Future MOther In Law, I know how...


Anyeong! Today is wednesday. So pasti banyak blogger yang update pasal WW# atau rentetan perkataan panjangnya Worldless Wednesday. Tapi hari ni aku nak tukarkannya menjadi Wordmore Wednesday...Yabedaabedduuu.. Suka-suka hati mak mertua jiran sebelah jiran aku je kan. Opsss.. tersalah cakap pulak. Mak mertua atau sinonimnya ibu mertuaku merupakan suatu benda yang sama cuma di bezakan dari segi nama, umur, rupa, bentuk fizikal sama ada kurus, gemok, pendek, tinggi mahupun berambut perang ataupon beruban. Betol tak?? Bhahahaha.. Habis satu perenggan aku merepek.

Youlss yang dah ada mertua pernah tak ditanya soalan pelik sebelum berkahwin?? Kalau ada cuba kongsi dengan Ioulss. Dulu- dulu masa aku remaja (sekarang dah tua) aku selalu dengar kakak-kakak kat hostel bercakap kalau nak kawin kena pandai masak gulai sebab nanti mak mertua akan tanya 'ko pandai ke masak gulai?". Aku pun pelik la jugak masa tu, memang semua perempuan wajib tahu masak gulai ke? Lepas tu, aku jugak pernah dengar orang tua-tua membebel.

Orang tua-tua : Masak gulai pon tak tau, macam mana nak kawin..

ihsan google

Kenapa mesti gulai?? Kenapa tak spagetti ke, chicken chop, fruitsalad, atau shusi? Bajet minah salleh pulak.  Tapi itu tidak menjadi masalah bagi aku. Huhuhu. Aku pon belajarlah masak gulai dari mak aku sebab masa tu gedik sangat nak kawin. Rupanya masak gulai ni tak la susah manapon. Diorang tu cakap macam susah je bunyinya. Lagi satu petua nak sedap korang punya gulai tu letak la garam/perasa tu bagi betol-betol ada rasa tu. Kalau letak garam tapi tawar mestilah tak sedapkan. Kalau korang terlebih letak garam lepas tu masin sangat janganlah korang buang pulak. Petua paling afdal ialah masukkan ubi kentang. Tips yang dah basi tapi still berguna tau! Siapa yang cakap  'eleh, itu aku pon tau' tu memang nak kena nih. Lagi atu tips aku dapat dari mana aku pon tak tau. Bila masak tu selalu la selawat nabi atau lafaz bismillah terutama bila nak basuh bahan-bahan memasak tu untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Aku ada satu soalan nak tanya korang. Kenapa kalau kita pergi kenduri walaupun masa tu kita memang lapar tahap tak boleh blah tapi bila makan sikit je nasi kenduri tu mesti kita cepat rasa kenyang.. Dah apa la yang aku melalut ni. Aku mengantok! Maaf penulisan kali ini tiada motif dan berterabur. Mata dah penat.. ZzzZZZzz.. to my future mother in law "cik reti masak gulai na.. jangan lupa antaq rombongan tau.."


**Thanks You Sebab Sudi Baca Entry Merapu**



4 comments:

  1. ala fyqa xde abang lah klu x blh anta rombongan meminang haha

    ReplyDelete
  2. Alaaa..yeke?frust la macam ni..nak masak gulai sekawah biar bau satu kampung la..huhuhu

    ReplyDelete
  3. chumel sgt entry nih !
    >.<
    btw , seriously nak kawen kena pandai masak gulai ?
    alamak , nak kena blaja nih ! kalau tak, tak boleh kawen ! >.<

    ReplyDelete