17 Feb 2013

Wanita vs Cermin

Wanita/women/girls/ladys/cikaro dan sama waktu dengannya memang tak boleh dipisahkan dengan cermin a.k.a mirror. Kalau betol sila angkat ketiak! tihee.. Iolss jgk tergolong dalam kaki cemin. Pantang tengok cermin pasti nak usha diri sendiri. Tak kisahlah kat supermarket, kereta termasuk kereta orang lain terutama yang tinted tu, restoran, toilet... Pendek kata semua tempat yang ada cermin. Yang paling tak boleh tahan dekat pintu or cermin macam sliding door tu. Yang orang kat dalam boleh nampak weolss tapi weolss tak nampak orang kat dalam. Pastu bila masuk ja dalam semua orang pandang. Sebab bukan main tadi dok picit jerawat. 

Dulu masa sekolah rendah ada la sorang cikgu BM ni, lelaki dan sangat diminati kat sekolah I sebab segak  dan handsome nak mampus. Korang boleh bayangkan handsome tu? Bertapa gatalnya kanak-kanak zaman itu. Termasuk iolss. (sila ingat pengakuan benar!) Cikgu ni anti sangat dengan budak-budak perempuan yang nak pergi toilet sebab takda tujuan lain lagi iaitu nak belek cermin. Sampaikan dia mintak budak-budak lelaki buat satu borang dan tick berapa kali budak perempuan betulkan tudung dan tengok cermin. Bhahaha..aku masa tu takda dalam senarai lagi kot sebab budak hingusan. Pakai tudung pon main hentam je. Kadang-kadang tudung pon comot kena sambal nasi mak cik kantin. Brrrrr... Kesian mak penat basuh tonyoh tudung baju bagai. 

Dan ini satu lagi tabiat pelik bila duduk depan cermin. Suka cakap sorang-sorang lepas tu buat mimik muka macam-macam dan ketawa sorang-sorang. Ni spesis orang gila la macam I. (aku lagi..) Kalau cermin tu boleh berkata-kata mesti dia akan cakap 'kau ni sewel ke?'. Heeeeee... Hah!! Baru I teringat. Tapi ada suatu tempat di mana orang perempuan ni sangat takut nak tengok cermin. Jeng.. jeng.. jeng.. Kat mna??kat mna??kat mana? Haaa, kejap la nak kasi tau ni..Mungkin I sorang je kot yang takut. Errr siatuasi takut tu bila bangun waktu malam nak pergi toilet utk tuuuttttt* dan seboleh-bolehnya tak nak pandang cermin terutama bagi yang duduk hostel. !@#%$^&*! Takut terlihat ini..--------->

 
Tiba-tiba terasa seram pulak entry aku ni. Tajuk macam ganas je. Pengaruh movie ni, negatif betol. Lagi satu nak tengok cermin tu jangan tengok lama-lama or tenung lama-lama muka uolss kat cermin tu. Nanti imej korang dalam cermin tu tenung uolss balik pastu senyum (melebarkan bibir perlahan-lahan). Bhahahahahaha.. Macam movie 'Mirror" tu. Siapa pernah tonton movie tu? (alamak..dah terkeluar topik). Kalau nak tengok pandai-pandailah download.. Tiheee...

   

MIRROR TRAILER

I love my mirror..


Thank You For Reading This Entry.

No comments:

Post a Comment