7 Jul 2015

#Throwback 8.12.13

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي















Baju sanding by NIESAAZIZAN
Pelamin by NIESAAZIZAN
Photography by RIFDIHAZIQPHOTOGRAPHY

~Pengalaman Bersalin Anak Sulong ~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah dapat jugak update entri seperti yang dijanjikan. Dah lama tak menulis ni otak pon dah blur tak tahu nak tulis apa di tambah pula dengan diri ini yang tidak mempunyai bakat mengarang..haha..

So, maafkanlah kalau aku membazirkan masa emas korang untuk membaca entryku ini.. Well, 8 bulan yang lalu aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada 13 November 2014 jam 02:02 pagi. Alhamdulillah berjaya jugak harungi detik-detik yang sungguh mendebarkan itu, Jom Flashback!!
Aku bersalin kat Perlis. Aku start sakit sebenarnya pada 11 November. Pukul 1 pagi aku bangun untuk ke tandas dan aku nampak ada tanda nak bersalin iaitu darah. Biar betol?? dua tiga kali aku belek. Yela, dalam keadaan tak berapa nak siuman sebab baru bangun tidur.kehkeh. Dah sahih memang tanda bersalin nih. Mata yang layu tadi terus membutang. Suka campur nervous la beb. Nak dapat baby kan. Tapi masa tu aku belum sakit. Aku pon terus kejutkan mak dan abah aku memandangkan suami tinggal kat Kedah. Lepas tu aku terus call hubby dan pesan kat dia hati-hati drive sebab aku belum sakit so tak perlu rushing. Risau jugak sebab my hubby ni jenis cepat gelabah..haha

Pukul 2 macam tu suami aku sampai dan terus ke hospital ditemani mak aku. Sampai je kat hospital kena cek bukaan. Ingatkan nak kena admit ward rupanya doktor cakap belum ada bukaan!! Aku pon balik la dengan hati yang hampa. Haha. Pagi tu selepas subuh aku rasa macam perut aku mengeras. Dalam hati kata contraction ke ni. Then aku start kira contraction guna apps yang aku install dalam hp aku. Masa tu contraction tak kerap sangat dan tak konsisten. So biarkan dulu sampai la malam tu aku tak boleh tidur dan boleh dikatakan contraction semakin kerap dalam 5 minit sekali. Sepanjang malam aku tak tidur. Tengok my hubby tidur nyenyak tak sampai hati nak kejutkan. So aku pon berkawat la dalam bilik nak kurangkan sakit. Tertunging terbalik tak payah nak cakap la. Macam-macam style dah.

Subuh 12 November . Disebabkan sakit yang dah tak tertahan aku pon kejutkan Hubby aku solat subuh then bg tahu dia aku nak ke hospital sebab dah tak tahan sakit. Sekali lagi kitorang ke Hospital. Mak aku ikut sekali. Kali ni dah bawak barang baby. Sampai jer diorang cek bukaan. Doktor cakap dah 2cm. Disebabkan rumah aku jauh so doktor tak benarkan aku balik memandangkan aku pon dah 2 kali datang hospital. Lepas tu aku pon admit ward lah.

Pukul 4 petang contraction dah bertambah kuat. Sakit tuhan saja yang tahu. Bila tiba waktu melawat mak datang sambil gosok perut aku. Hubby aku gosok-gosok pinggang tapi aku tak slesa sebab bagi aku rasa sakit makin bertambah. Di tepisnya tangan hubby aku. Hukhuk. Sorry abg! Tak sengaja tengah sakit.. huhu. Pukul 6.30 petang sekali lagi doktor cek bukaan. Dah 4cm ni. Masa tu labour room penuh so terpaksa tunggu turn. Lama jugak aku tunggu sampai pkl 9.00 malam baru la diorang tolak aku. Masa tu walaupon ada GL suami aku tak dibenarkan masuk sebab labour room kecik coz labour room lain tengah renovate. Sedih oooo suami takda disisi. Masuk labour room nurse pasangkan CTG. Doktor cek bukaan sekali lagi masa tu dah 6cm. Doktor cakap tak lama dah ni puan. Pada aku ni berita gembira sebab aku nak sangat baby cepat keluar.

Lepas cek bukaan diorang pecahkan ketuban. Masa tu sakit maha hebat tak tahu nak cakap macam mana. Sampai menggigil katil aku menahan sakit. Contraction seminit sekali! Masa tu baru la teringat kepayahan mak aku. sobsob.. Disebabkan aku tak tahan sangat aku pon minta ubat tahan sakit. Lepas tu diorg bagi tong gas..haha..aku  tak tahu apa nama gas ni tapi dia buataku rasa pening dan mengantok. Nak jadikan cerita aku sedut gas ni sampai aku separa sedar.Aku tak rasa sakit tapi aku masih dapat rasa contraction. Dalam pada tu aku dapat dengar suara doktor kejutkan aku siap bagi aku penampar kat pipi lagi..haha.. tapi aku tak boleh nak respon. Lepas tu aku dengar pula suara doktor marah-marah nurse sebab tak tengok patient. Doktor cek bukaan masa tu dah FULL!! Aku masih separa sedar dan aku dapat dengar keadaan riun rendah. Tak tahu berapa lama aku tertidur sampai bukaan pon blh full. Bila tiba proses meneran aku menjerit. Aku pon tak tahu kenapa aku menjerit tapi memang di luar kawalan aku. Kesan gas tu masih belum hilang. Etah apa aku racaukan aku pon tak tahu. Doktor siap marah-marah lagi cakap jangan tidur. Aku memang rasa mengantok dan nak tidur.

Aku buka mata. Doktor cakap puan jangan tidur. Cepat teran. Tak kesiankan baby ke? 9 bulan puan mengandungkan die. Bila aku dengar doktor cakap macam tu aku terus sedar then aku pon teran sekuat hati sambil ada beberapa orang nurse tolak-tolak perut aku siap dengan kiraan. Dua tiga kali aku push baby pon keluar. Alhamdulillah. Masa tu segala sakit tu terus hilang. Ada rasa hangat kat dada bila doktor letakkan baby. Tapi masa tu aku memang tak dapat buka mata sebab terlalu letih. Yela dua hari tak tidur..sobsob.. Lepas keluarkan uri da jahit doktor bahagian kanak-kanak datang beritahu aku yang baby masa keluar tak nangis. Seminit lepas tu baru dia menangis dan dia dah berak dalam perut dan tertelan najis dia. So, anak aku diorang bawa ke wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Doktor cakap aku tak perlu risau sebab semua tu hanya procedure. Maybe dalam 3 hari baby blh keluar ward. So 3 hari la aku kat rumah tanpa baby. Berulang alik ke hospital nak tengok baby. Sedih la sebab baby takda di sisi tapi after 3 days my baby pon balik rumah.

Puteri kesayangan Ibu dan Abah. Cucu sulong dalam family aku juga family mertua aku.

Nur Zara Alisha bt Mohd Nazir




Now dah 8 bulan..


~I'm BACK!~

Wow...!!!last entry 2014 kau..haha..welcome back after 1 year..kau hado??rindu sangat kt blog aku ni haa..tula..org nak berblog aku pn sibuk nak berblog jgk kannnn..oh plssss!!
Dah lama x taip entry..jari pon dh start gatal..anak pon dh besar..!!!last entry ckp preggy skrg baby dh 8 months already!!! Hahahaha..lantak kau lah..ada aku kesah..Ok..ptg skit blh kot introduce my doterrrr..
To you all, harap x trlambat lagi la.aku nak ucapkan 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA