26 Jan 2016

"Susahnya Nak Cari Hadiah untuk Suami!'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي


Alhamdulillah masih bernyawa lagi blog usang aku ni. Mood nak berblog kembali menyinar setelah sepi sejak sekian lama. Sejak DSLR aku terpaksa di 'let go' terus lenyap semangat nak update blog. Ofcoz la sebab dah takda gadget yang best untuk capture moment-moment terindah (kenapalah mesti ada mudah.my haha). Bagi aku kalau aku tak letak pic dalam entry macam tak lengkap ja. Hahaks..siapa setuju sila angkat kaki!

Sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan.

eheh..rasanya belum terlambat untuk aku cakap "HAPPY NEW YEAR!!" Tahun baharu azam baharu. Tapi aku belum ada azam. Tak pernah terfikir pon apatah lagi nak buat checklist. Cakap pasal tahun baru ni umur pon semakin bertambah. Anak pulak makin membesar. Mek Zara pon dah pandai cakap. Seronok tengok anak membesar tapi lagi best kalau dapat tengok hari-hari.


Sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan.

Mood malam ni sebenarnya nak cerita pasal "susahnya nak cari hadiah untuk suami!" Korang pernah tak menghadapi masalah yang sama? Aku memang jenis yang tak pandai nak belikan hadiah terutamanya untuk lelaki. Memanglah lelaki ni tak kisah sangat pon kalau tak dapat hadiah masa annyversary or birthday. Kita wifey ni ja yang lebih-lebih. Tapi bila diorang dapat boleh meraung beb. Mana taknya sekali tengok wife belikan teddy bear. Teddy bear beb!!! Bayangkan lelaki dengan teddy bear. Sweet sangat macam cerita Korea. Haha. Tu salah satu hadiah yang aku pernah kasi kat husband aku. Jangan gelak! Sampai sekarang aku trauma tengok bear tu. 

Entry tiba-tiba tamat!





No comments:

Post a Comment