23 Feb 2016

Pada Dia Aku Meminta


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Minggu lepas Allah uji dengan kesihatan yang tak menentu. Si kecik dan abahnya pon demam jugak. Sakit belakang aku makin menjadi-jadi. Dah hampir dua bulan. Tapi punca penyakit masih tak tahu. Macam-macam hal bila dah jumpa banyak doktor. Tapi ada dua orang doktor yang cakap hal yang sama tentang SARAF. Tak apalah. Sakit penghapus dosa. Allah uji sebab Allah sayang. SENYUM.


Pemilik nama Nur Zara Alisha bt Mohd Nazir. Dialah jantung dialah nyawa. Pinjaman dari Allah. Amanah terindah. Allah belum izinkan Ibu untuk  tinggal bersama Abah dan Zara. Tapi Ibu akan balik tengok Zara setiap minggu sayang. Maafkan Ibu sebab tak dapat jaga dan tengokkan Zara setiap hari. Percayalah sayang, setiap hari Ibu merindui. 

Untukmu suamiku tersayang .... (Eh, mana boleh cakap dalam ni. Kang ada yang muntah) Haha..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
Qs. Al- Baqarah : 216


Pemohonan pertukaran gagal lagi. Sob sob sob..


1 comment:

  1. comelnyaa anak akak, kecik2 dah ajar pakai tudung. ^^

    ReplyDelete