3 Feb 2016

Tanda Hamil : Yes! You're Pregnant!


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Menimang cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Tidak lengkaplah sesebuah keluarga tanpa kehadiran cahaya mata. Namun, semua itu adalah rezeki kurniaan Ilahi. Oleh itu, jika korang dikurniakan zuriat maka bersyukurlah! Nahhh..permulaan entry sangat dramatik. Haha. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan menanti kehadiran cahaya mata yang pertama, meh aku nak share tanda awal kehamilan dengan pengalaman aku sebelum ujian UPT positif.


Tanda-tanda awal kehamilan :

  • Payudara terasa nyeri dan bengkak
Rasa sakit pada payudara dari yang sedikit hinggalah sakit yang luar biasa, disebabkan oleh pengaruh hormon. Hasilnya, payudara membesar dan pembuluh darah vena di sekitar payudara tampak nyata. Rasa nyeri ini  menyerupai seperti saat sebelum menstruasi. Hal ini juga disebabkan oleh persiapan payudara untuk menghasilkan susu ibu kelak.

Tanda ni selalunya kita akan ingat ni salah satu tanda nak datang haid. Macam tu la rasanya.




  • Terlalu letih
Hubungan antara keletihan dengan tanda-tanda kehamilan memang belum sepenuhnya diketahui, kemungkinan disebabkan peningkatan hormon progesteron yang begitu cepat menyebabkan anda merasa mengantuk dan letih. Lazimnya, rasa letih ini akan beransur hilang setelah usia kandungan memasuki trimester kedua.

Pengalaman aku dulu aku cepat penat. Kalau lepas buat kerja walaupun sekejap mesti letih macam dah seharian berkerja. Mengantok sangat dan asyik nak tidur je. Yang jadi masalahnya bila mengantok kat tempat kerja. Kang tidur kena hantuk kepala dengan bos. Kalau naik tangga cepat semput.

  • Pendarahan Implantasi atau Spotting 
Jika kalender sudah menunjukkan anda terlambat haid, jangan dulu menduga anda telah datang haid ketika mendapati bercak darah (spotting). Hal tersebut disebabkan oleh implantation bleeding atau proses penempelan embrio pada dinding rahim dan itu adalah normal. 

Tak ada pengalaman tentang ni.



  • Kram Perut seperti sengugut
Keluarnya bercak darah lazimnya diikuti oleh kram perut. Jika anda hamil, anda akan mengalami kram perut secara teratur sehinggalah kehamilan trimester kedua. Seringkali anda akan menganggap ia adalah sengugut yang sering dialami sebelum atau pada permulaan haid.

Memang aku ingatkan senggugut pun. Sebab masa tu dah nak dekat waktu period. Actually, aku dapat rasa sedikit kelainan kram perut ni dengan senggugut. Tapi masa tu tak nak terlalu berharap nanti frust. Haha.


  • Kembung Perut
Anda merasa ukuran celana Anda mulai kekecilan padahal Anda baru saja 2 minggu terlambat haid? Itu bukan karena pembesaran rahim yang begitu cepat, tetapi karena kembungnya perut. Lagi-lagi, perubahan hormon yang begitu cepat turut mempengaruhi sistem pencernaan Anda.

Yes. Kembung perut dan nak ***tut je sebab banyak sangat angin. Kerap sendawa.


  • Sering buang air kecil
Sering buang air kecil terutama pada waktu malam disebabkan meningkatnya peredaran darah di sekitar pundi kencing dan juga disebabkan oleh tekanan rahim yang mulai membesar. 

Yang ini yang paling ketara. Tidur asyik terganggu sebab kerap bangun lewat malam untuk ke tandas. Tapi siang hari pon sama je.



  •  Haid tak kunjung tiba
Tidak datangnya haid disebabkan meningkatnya kadar estrogen dan progesteron dan menjadi tanda penting kehamilan pada wanita yang haidnya konsisten. Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur petanda ini bukanlah petanda yang besar buat mereka.

Sebenarnya aku tau aku pregnant sebelum due period lagi. Cuma lepas dh tau tu takut jugaklah tetiba period. Sangat penting untuk korang catat kitaran haid korang.



  • Peningkatan Suhu Badan dan Sakit Kepala
Mungkin yang anda rasakan adalah rasa demam atau  tidak sedap badan, tetapi suhu tubuh basal yang meningkat dan bertahan lebih dari tiga minggu mungkin menjadi petanda untuk meyakinkan anda bahawa anda sedang hamil.

Masa kat tempat kerja rasa seram sejuk macam nak demam diikuti sakit kepala. Lepas balik rumah aku berbaring nampak jam dinding bergegar dan siling rumah berputar. Kuat berpeluh. Tapi kalau korang rasa macam ni jangan ambik apa-apa ubat ubatan. Sangat berbahaya kalau korang pregnant. Boleh effect pada janin.


  • Sembelit
Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

Aku alami jugak sembelit ni. Memang kena banyak minum air dan makan buah dan juga sayuran.



  • Mual dan Muntah (Morning Sickness)
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Selepas kahwin aku tinggal berjauhan dengan hubby. Dia kat Kedah aku pulak kat Penang. Alhamdulillah la aku tak alami benda ni dari awal pregnant sampai la Zara lahir. Bersyukur sangat. Kalau tak mungkin terasa sikit kesusahannya sebab takda moral support dari suami. Kalau ada pon dari jauh tak sama macam kat sisi kan. Sedih sangat. sob sob sob..


Kalau korang mengalami tanda-tanda kehamilan seperti kat atas ni bolehlah pergi farmasi dan beli Pregnancy Test. Sebelum aku dapat result digital tu aku pernah try dengan UPT garisan ni. Brand Clear Blue jugak.




Garisan yang samar. Subuh pagi test tapi tak nampak line. Frust. Balik dari kerja tengok sekali lagi ada 2 line. Rasa nak melompat. Tapi bila search google cakap tak valid sebab lebih dari berapa minit tah. Frust lagi. Tak boleh jadi ni. Then pergi watson cari yang digital. Maka dapatlah result ni.





1st USG dan satu-satunya gambar USG Zara yang aku ada. Hubby cakap waktu ni Zara macam kacang lagi. Kikih..


Terjumpa kat draft. So publish untuk bakal-bakal ibu.

No comments:

Post a Comment