7 Mar 2016

Musim buah bakal tiba...

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Musim buah bakal tiba. Masa ni strawberry, anggur, epal pon dah tak ingat dah. Untungnya siapa ada dusun. Korang suka musim buah? Jom hangatkan penantian dengan melayan gambar-gambar yang pasti meruntun jiwa. Musim ni la yang buat aku ternanti-nanti setiap tahun. 
AMARAN KERAS! IBU HAMIL TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA ENTRY INI!!

HARUM MANIS. Dah nak dekat musim. Menanti ia masak. Lepas ni berlambak la yang order. Pantang balik kampung kan. Setahun sekali je musimnya. Harga memang kaw la. KOrang jangan terkezut dah la.


DURIAN. Aku tak kisah pon kau musang ke, king kong ke aku bedal je semua.


CEMPEDAK. Cempedak goreng memang betol-betol layan. Bau je pon memang dah rasa nak nangis..kahkah.


RAMBUTAN. Kalau nak makan rambutan lagi sedap kalau kupas banyak-banyak kemudian letak dalam peti sejuk. Berkilo-kilo beli pon habis weh.


MANGGIS. Buah yang banyak khasiat. Rugi kalau tak makan.


DELIMA. Ni gambar aku snap masa tengah pregnant dulu. Bila tengok balik terliur la pulak. Haha. Sengal!


KERIANG DOT @ gheyang dot. Buah ni legend. Payah nak jumpa. Dah nak pupus pon. Cicah garam belacan sodap nih.


LAICI. Benda pertama yang aku mengidam masa mengandung dulu. Masa tu bukan musim buah. Nasib la Zara tak meleleh air liur. Haha.


DOKONG. Bukan kita ja suka, semut pon suka. Kann..


KUNDANG a.k.a Staq. Masam-masam manis. Baru tengok dah kecur air liur.


CERMAI. Buah ni makan macam tu je memang tak la. MASAM!! Tapi kalau buat jeruk yang warna merah-merah tu sedappppppp. Dulu masa sekolah rendah ada member jual. Sebungkus 20 sen. Siapa lambat melepas. Kalau nak selamat kene la order. Kihkih.


TAMPOI. Isi kat dalam macam buah dokong. Tapi rasa dia sedap. Lemak-lemak berkrim. hikss..


GAJUS. Kalau orang Perlis kami panggil buah jangguih. Haha. Sekarang tengah berbunga pokok ni. Kat rumah mak ada sepokok je. Susah jugak nak jumpa. Buah ni pucuk pon boleh makan. Buat ulam. Biji dia sedap!!! Masa kecik-kecik mak selalu panggang biji dia. Tapi bukan panggang dalam ketuhar no. Haha. Kalau buat pajeri memang sedap, Favourite!

Cukup-cukup la kan. Tak tahan  godaan dah. Seronok ada geng tahun ni. Anak pon suka makan buah. Bertapa banyaknya nikmat tuhan bagi kat dunia ni kan. Alhamdulillah.